OGOS 2021

Swak Berbelanja RM800 Juta Bantu Perusahaan, Perniagaan


“Secara keseluruhannya langkah-langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan lebih daripada RM800 juta.  Langkah-langkah ini diharap akan membantu kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya menggerakkan ekonomi kita.” - YAB Ketua Menteri Sarawak 

TEKS UCAPAN 

YAB KETUA MENTERI SARAWAK

BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN 

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 7.0

DAN PENYAMPAIAN SIMBOLIK BOSS 6.0

“MEMPERKASAKAN AKTIVITI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN” 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas keizinannya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Simbolik Penyerahan BKSS 6.0 dan seterusnya pengumuman BKSS 7.0 bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan dalam keadaan yang sihat.  

Dalam keadaan pandemik dan usaha untuk mengekang merebaknya COVID-19, Kerajaan telah melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memberi kesan kepada kehidupan kita.  

Saya dan rakan-rakan kabinet sentiasa memikirkan kaedah dan langkah untuk mengurangkan kesan pandemik ini kepada kehidupan kita.  

Oleh itu, saya telah sebelum ini mengumumkan Enam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) merangkumi lebih 30 langkah dan tindakan bernilai RM4.5 billion sejak April 2020 yang terbesar dalam kalangan negeri-negeri.

Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah:

- Bantuan Khas Sarawakku Sayang B40 Ketua Isi Rumah dan Individu Bujang;

-Pemberian Diskaun Bil Elektrik, Bil Air, Taksiran Kadar Cukai Pintu dan Cukai Tanah;

-Bantuan kepada perusahaan dan perniagaan seperti Skim Pinjaman dan Program Latihan;

-Insentif Bulanan Khas dan Bekalan Makanan untuk Petugas Barisan Hadapan;

-Pembayaran Dana Khas Penjaja dan Peniaga Kecil Melalui Applikasi Sarawak Pay;

-Penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP;

-Insentif one-off untuk Pengendali dan Pengusaha Pengangkutan; dan

-Bantuan Khas one-off kepada pemain industri pelancongan.

Saya rasakan bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak telah membantu rakyat kita yang terkesan.  Namun masih ramai khususnya golongan perusahaan dan perniagaan, khasnya SME yang masih memerlukan bantuan kerana tidak menjalankan operasi perniagaan akibat PKP.  

Dalam keadaan ini, mereka terpaksa menanggung kos tetap operasi seperti bayaran sewa, peralatan dan gaji pekerja yang mengakibatkan masalah aliran tunai mereka. 

Saya telahpun mengadakan sesi perbincangan dengan   persatuan-persatuan perusahaan dan perniagaan Sarawak pada 1 Julai 2021 untuk mendengar pandangan mereka tentang cara-cara untuk membantu, memulih dan meneruskan kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan agar dapat menyediakan pekerjaan untuk rakyat kita dan seterusnya membantu memulihkan ekonomi kita.  

Para hadirin sekalian,

Saya turut gembira kerana wakil-wakil persatuan perusahaan dan perniagaan ini ada bersama kita pada petang ini.

Kita, pada hari ini telah pun memasuki Pelan Pemulihan Nasional, di mana sebahagian besar perniagaan dan perusahaan akan dibuka secara perlahan-lahan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemaskini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Aktiviti perusahaan dan perniagaan dijangka akan beransur pulih dengan pembukaan semula ekonomi. 

Untuk membantu para perusahaan dan perniagaan dalam tempoh peralihan ini, saya dan rakan-rakan kabinet dalam Kerajaan GPS Sarawak telah berbincang dan bersetuju untuk melaksanakan tiga (3) langkah yang akan saya umumkan pada petang ini.

MEASURE 1: SPECIAL ONE-OFF FINANCIAL ASSISTANCE OF RM10,000 FOR ACTIVE BUSINESSES REGISTERED IN SARAWAK WITH SOCSO

I have received requests from the business associations and federations for financial assistance to sustain their businesses, particularly to cover their operational cost, including rental and wages of their employees especially the small and medium enterprises (SMEs).  

In this regard, the Sarawak Government will provide a special one-off financial assistance of RM10,000 for active businesses in Sarawak registered with SOCSO as of 31st December 2020.  

This measure will help to ease their financial burden of approximately 40,000 active businesses in Sarawak that will cost the Government direct expenditure of more than RM400 million.   

This special financial assistance will be paid in two tranches, RM5,000 in September and the remaining RM5,000 will be paid in December 2021.   

MEASURE 2:  RELAXATION OF GOVERNMENT PROCUREMENT POLICY DUE TO COVID-19 PANDEMIC

In order to support businesses in the construction sector, the Sarawak Government will ease the government procurement policy due to pandemic COVID-19 as follows:

(1)    Grant automatic Extension of Time (EOT) as a direct consequence of MCO 3.0 based on actual granted gazetted MCO 3.0 period for on-going projects with completion date not within the MCO 3.0 period;

(2)    Projects with scheduled completion dates expiring within the MCO 3.0 period to be granted EOT of maximum 60 days;

(3)    In view of EOT has been granted, Liquidated and Ascertained Damages (LAD) already imposed shall be waived during the gazetted MCO period;

(4)    Payment valuations and assessments shall be automatically carried out at the end of every month without having to wait for contractor’s written detailed applications for payment claims and to allow minimum interim payment of RM1,000 monthly for all State Contracts;

(5)    Allow payment to Consultants’ Site Supervision Teams during any MCO period subject to the terms and conditions to be determined subsequently; and

(6)    Allow Variation of Price for government works contracts as a consequence of severe surge in prices for certain of construction materials due to the global impact of COVID-19 pandemic. The Sarawak Government is estimated to bear the cost of approximately of RM400 million for allowing the variation of price.    

MEASURE 3: RENEWAL OF FOREIGN WORKERS EMPLOYMENT PERMIT FOR AGRICULTURE, MINING, CONSTRUCTION AND SERVICES SECTORS

In view of the need to ensure economic resilient during pandemic, the Government will support businesses that require foreign workers for their business operations through relaxation of renewal of employment permit.  

As such, the renewal of employment permit with the validity of labour licence for the plantation sector until 31 December 2022 during COVID-19 will be extended to all sectors, namely agriculture, mining, construction and services.  

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

Secara keseluruhannya langkah-langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan lebih daripada RM800 juta.  Langkah-langkah ini diharap akan membantu kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya menggerakkan ekonomi kita. 

Saya juga berharap BKSS 6.0 yang sedang kita laksanakan dapat membantu rakyat kita dalam menghadapi kesukaran kehidupan pada masa ini.  Saya ingin berpesan agar bantuan, khususnya BKSS B40 yang diberikan bermula pada bulan lepas dapat dimanfaatkan sebaik-baik untuk kelangsungan kehidupan harian keluarga masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Sumber dari : Sarawakku